Monday, October 01, 2007

SYUKRI and SHUKRI

Sebenarnya udah lama sekali teringin memposting dua nama ini yang satunya SYukri dengan Sy dan satu lagi SHukri dengan SH he...he....terucap sama tapi ternyata itu dua orang yang berbeda.........yang satunya my be love husband DR. MUHAMMAD SYUKRI nah yang satu lagi my supervisor yang baik hati Prof. DR. AHMAD SHUKRI MUSTAFA KAMAL. Kedua
S(y-h)ukri ini kedua mereka sama-sama yang membuat aku termotivasi belajar lagi dengan semangat.....padahal sebenarnya aku sudah tak punya nyali untuk itu lagi. Dari awal kemunculan ku di dunia persekolahan kedua mereka tentu saja disamping my be love Father mensupport dengan maksimal.

My Syukri sampe tak pernah mengeluh bahwa dia juga seorang student dan seorang suami yang harus diperhatikan. Beliau punya prinsip ketika mengambil keputusan akan bermula maka harus ada ujungnya...apapun halangannya, tak heran dia ikut begadang menemaniku mengerjakan segalanya yang penting urusan sekolaha beres. Atau dia bersedia mengurus buah hati kami ketika dipagi buta aku harus bergegas ke Lab.

My Supervisor Shukri tak pernah merasa terganggu waktunya dengan berbagai pertanyaanku tentang experiment dan berbagai hal walaupun pada saat itu dia memiliki jabatan sebagai Dean IPS yang bisa saja dalam 1 minggu dia bisa berada diberbagai belahan dunia. Bahkan dia akan berusaha maksimal agar aku, kak wan dan Eid studentnya bisa ikut berbagai kegiatan yang menunjang kami sebagai student. Berbagai kursus kami ikuti, berbagai confrence kami hadiri. Jangan tanya tentang dana dia akan berusaha agar jangan sampai kami merogo kocek sendiri, sehingga tak heran banyak tempat yang aku kunjungi berkat supportnya.
Dalam hati aku berpikir mungkin ngak yah aku kelak sebagai dosen bisa mengikuti jejak beliau, rileks, disiplin dan berdedikasi. Sesibuk apapun dia student adalah nomor satu. Pernah satu waktu dia berangkat ke KL pagi dan pulang petang hanya untuk mengajar. Atau dengan penat dalam rutinitas meetingnya ketika kita hubungi bahwa kita dalam problem...dia akan setia berjalan kaki menuju lab. Thanks Prof....

Maka tak heran kalo kedua mereka memotivasi ku untuk menyelesaikan sesegera mungkin apa yang telah aku jalani.

Doa kan yah semua yang aku harapkan berjalan dengan baik........
Amin...........


Dan, Ini ada cerita terbaru tentang si Prof yang dilantik jadi TNC bidang akademik, Selamat ya Prof......



Bersesuaian dengan latar belakangnya yang kaya dengan ilmu dan pengalaman, Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, 48, dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Universiti Sains Malaysia (USM) untuk tempoh tiga tahun mulai 15 September 2007 hingga 14 September 2010.Menteri Pengajian Tinggi telah bersetuju melantik Prof. Ahmad Shukri yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Dekan Institut Pengajian Siswazah USM bagi menggantikan Prof. Dato' Rosihan M. Ali yang telah menamatkan tempoh beliau selaku TNC (Akademik dan Antarabangsa) USM pada 1 September lalu..Prof. Ahmad Shukri lahir pada 12 September 1959 di Teluk Intan, Perak tetapi telah berpindah ke Pulau Pinang sejak berumur empat tahun lagi. Beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah di USM pada tahun 1986 selepas mendapat ijazah Ph.D. dari University of London dalam bidang Radiation Biophysic. Beliau memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang Fizik dari University College London dan ijazah Sarjana Sains (M.Sc.) dalam bidang Fizik Sinaran melalui penyelidikan yang dijalankan di Medical College of St. Bartholomew’s Hospital, London. Semasa di USM, Prof. Ahmad Shukri telah bersama Pusat Pengajian Fizik selama hampir 21 tahun sebagai pensyarah dan pernah menjadi Dekan di pusat pengajian berkenaan. Selain itu, beliau pernah menjadi Pengerusi Rancangan Fizik untuk Pusat Pengajian Jarak Jauh, Pengerusi Rancangan Diploma Teknologi Makmal dan Penyelaras kumpulan Biofizik di Pusat Pengajian Sains Fizik, USM. Prof. Ahmad Shukri yang dilantik sebagai Profesor di USM pada tahun 2000 . Beliau masih melibatkan diri dengan aktif dalam berbagai jawatankuasa di luar universiti. Beliau merupakan Felo Institut Fizik Malaysia dan terus menyumbang sebagai ahli Majlis Institut tersebut. Beliau juga merupakan ahli Persatuan Fizik Perubatan Malaysia dan Persatuan Sains Nuklear Malaysia. Antara anugerah akademik yang pernah diterimanya ialah Royal Society Fellowship untuk menjalankan penyelidikan di Queen Elizabeth Hospital, Birmingham, UK pada tahun 1997. Sebagai seorang pendidik, beliau terlibat dalam pengajaran kursus-kursus fizik, biofizik dan fizik perubatan serta penyeliaan pelajar-pelajar siswazah. Pegalaman pengajaran beliau melibatkan kursus-kursus di Pusat Pengajian Sains Fizik, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Pusat Pengajian Teknologi Industri dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan.Prof. Ahmad Shukri turut aktif dalam bidang penyelidikan. Minat penyelidikan beliau ialah dalam bidang saling tindakan sinaran dengan jisim dan berbagai aspek pengukuran sinaran. Pembiayaan untuk penyelidikan yang dijalankan oleh beliau dan kumpulan penyelidikan beliau datang dari agensi tempatan dan juga agensi luar seperti National Science Foundation, USA dan Toray Science Foundation, Jepun.Sehingga kini lebih daripada 60 buah bahan penyelidikan telah diterbitkan, termasuk kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal antarabangsa dan kebangsaan serta prosiding persidangan. Beliau sekarang merupakan ahli Jawatankuasa Penyunting Journal of Science and Technology in The Tropics dan Malaysian Journal of Physics.

Tarikh Dimasukkan
:
17-9-2007

1 Comments:

  • Cool Rin Profnya... harus gitu dong jadi dosen... harus rajin ngajar... kasian dong mahasiswa kalau dosennya bolos mulu... Contoh yang baik tuk para dosen lainnya.. hehehe... Selamat berjuang ya Rin.. aku yakin Ieny pasti bisa... jangan malas2... ingat tu.. pada bangga semua kalau Ieny juga bakalan dapat gelar Doktor.. so... tambah semangat ya tuk cepat selesai...! :) Muaachhh!

    By Blogger Susi Andriani, at 12:51 PM  

Post a Comment

<< Home


 
Lilypie 6th to 18th Ticker